Assalamualaikum , ukhti-ukhti dan akhi-akhi sekalian :) Ahlan wasahlan to my blog !! :D Ana tahu blog ana tak secantik blog antum kn ? Asiff . Btw , kalau sudi , jemputlah baca entry-entry yang ana tulis ^^. Jangan lupa follow ye :* Syukran ♥

Saturday, 28 December 2013

Ujian Hidup ???

Assalamualaikum w.b.t :) 

" Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya
kerana kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh
kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah 
semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha 
hingga ke akhir ayat "

Senyuman yang terukir tidak sama dengan apa yang terdapat dalam hati. Betapa pedihnya hati di dalam tidak siapa yang tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Begitu juga senyuman yang menawan dan gelak tawa. Tapi pada hati ada kesedihan dan kepiluan yang tersembunyi. Itulah aku yang bergelar insan. 

Sebenarnya ujian yang Allah berikan pada hamba-Nya bukanlah bermakna untuk hamba-Nya rasa ingin menyerah kalah. Tapi ujian ada hikmahnya dan aku harus bermujahadah untuk menerimanya.

Sebenarnya aku harus jujur dengan hatiku sendiri. Harus kuat. Mesti tabah bertahan dan aku juga harus sabar untuk menanti bilakah hikmah dan rahmat Allah akan datang.

Walau seberat mana ujian itu tapi aku akan tetap meneruskan hidup ini dengan sabar dan redha kerana masih ramai lagi orang yang menerima ujian yang lebih berat daripada aku..

Di sini aku mengingatkan kepada diriku dan juga para sahabatku semua bahawa ujian Allah itu sentiasa bertandang tiba. Apakah tujuan Allah SWT mendatangkan ujian kepada hamba-Nya?

" Ujian adalah untuk menguji 
ketabahan iman seseorang terhhadap 
dugaan lahir dan batim yang menimpa. "

Ujian adalah untuk menguji ketahahan iman seseorang terhadap dugaan lahir dan batin yang menimpa, yang sudah pasti ada hubung kait dengan kehidupan yang kekal abadi di alam Akhirat kelak.

Ujian Allah juga datang kepada semua golongan. Baik kecil, besar, tua, muda, kaya, miskin. Beragama Islam atau kafir. Yang kaya teruji, yang miskin juga teruji!

Setiap ujian ada hikmah kebaikan daripada Allah SWT yang tidak dapat dicungkil oleh akal biasa manusia.


Dua Tujuan Besar yang Tersirat daripada Ujian Allah SWT 

✨ Untuk menghapus dosa jika ia seorang yang zalim

✨ Untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah SWT jika 
ia tidak punya dosa. 



Bentuk Ujian yang Didatangkan Allah SWT

✨ Ujian berbentuk kesusahan seperti kemalangan, kematian,
kebakaran, kesakitan, kekurangan wang, kegagalan, 
kehilangan dan sebagainya.

✨ Ujian berbentuk kesenangan seperti nikmat tinggal di 
Banglo mewah, menaiki Pajero dan Mercedes, memiliki
wanita cantik, mendapat kuasa, menjadi masyhur dan sebagainya.


" Jangan kamu mengatakan kamu sudah beriman,
sedangkan kamu belum diuji. "