Assalamualaikum , ukhti-ukhti dan akhi-akhi sekalian :) Ahlan wasahlan to my blog !! :D Ana tahu blog ana tak secantik blog antum kn ? Asiff . Btw , kalau sudi , jemputlah baca entry-entry yang ana tulis ^^. Jangan lupa follow ye :* Syukran ♥

Monday, 19 November 2012

Allahhu.. aku redha :')

Assalamualaikum . . . 

Hey . UPSR ? oh , lega rasenya bile dh abis UPSR ^^ 
tapi takde  laa lega sgt . sbb result laa pulak ! takut gile . 
takut tak dpt buat mak and ayh gembira . :( Allahhu..

Smalam result keluar . :) 
Excited gile mase nk kuar rumah . 
Waaaa . hahaha . 

 nk tahu tak ? 
mase tu keluar rumah pukul 9:40 dan sampai skolah dalam kul
10 tauu . tapi result sampai pukul 12 .
Ciss . ponat-ponat yo dtg awal . ayam betul -.-

Time nak gi tu , cuaca baik-baik sahaja . 
tapi bile sampai sekolah aje , terus hujan . lebat pulak tu .
Haiyoo~ mandi hujan laa kite org kat sekolah tu . 

Bila dh sampai sekolah ,  tengok ramai kwn-kwn dh dtg . 
hati pun rase mcm , mcm.. waooo ! rindu giler kat korang. >< 
Sorang kawan niy dia punye pakaian , masyaALLAH . cantek gile .
Dengan jubahnya dan berselendang labuh . :D siap  pakai kronsang ' SAVE GAVA ' 
lagi . huhuhu . 

Bila dh sampai sekolah , kite org duduk dalam surau . 
Nak bagi tenang siket hati . 
Tiba-tiba sorang kawan niy dpt massage . 
Pastu dia menangis . Kami tanye laa knape .
Rupe-rupenye , dia dh dpt keputusan . 
Dan.. keputusan dia kurang memuaskan .
Kesian dia.. ckp dgn dia , 2A pun alhamdulillah laa tu . :)
Janji ada A . kan ? ^^

Bila result dh sampai , jantung mula rase , dup dap dup dap . !
huh . gementar kot . ><
Cikgu masuk kelas . Kite org semua ambil tempat duduk . 
Sorang , sorang cikgu panggil nama . 
Then ! nama Nur Alia Maisara disebut . yaw!
Dengan segera  dtg ke arah cikgu . Tapi mase tu  jalan lambat . 
Kain baju kurung  niy punye pasal laa . 
disbbkn lambat sgt jln.. Last-last , my mummy  je yg tolong ambekkn .
huhuhu . 

Mula-mula mak yang tgk dulu tau .
then , curik-curik laa tgk . 
ternampak bahagian atas aje . sbb badan mak halang . 
tengok dari atas , semua nya A .  tersenyum laa time tuu . :D
Tapi bila mak bagi slip tu , tgk-tgk ada satu B . 
Oh! rase mcm , mcm.. haa? YA ALLAH...

Time tu  tutup mulut  dgn tgn tanda tak percaya dgn
apa yang dh dapat . Tapi bile turunkan tangan tu , 
terukir  senyuman yg begitu LEBAR dibibirku ! hahaha . 
tapi air mate mengalir . hahaha .
pelik , pelik . 
sebenarnye , diri niy sendiri tak tahu nk sedih ataupun gembira . 
Tapi rase gembira bila lihat mak  juga tersenyum gembira 
mase tu . :') 
Cume sedih dan rase bersalah sangat . sbb tak dpt buat
mak  senyum dgn lebih  gembira . ='<

Bila dah dpt result ,  salam cikgu-cikgu yang ada kat situ .
Cikgu kata niy baru permulaan . 
Dapat 4A pun dah cukup . So , cikgu kata jgn nangis lg..
Lagi pun kn , soalan tahun niy susah tau . 
Alhamdulillah.. syukur sgt sbb dpt 4A walaupun 1B.
^^ btw , skolah kiteorg ada 7 org 5A . dan 12 orang 4A 1B . 
hmm . rugi nye rase... 
btw , tahniah kpd semua yg dpt 5A dan juga 4A :)




Sekian , wasalam (: 





Thursday, 5 July 2012

Solat Dalam Sains .

. . .  . Assalamualaikum . . . . 

Solat Dalam Sains ? 


Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.
Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.  Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat. Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi. Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang. Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan. Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya. Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah. Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat. Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan. Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.

"Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya.

Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia.
Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit. Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit. Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga. Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia. Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan. Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik. Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi. Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit. Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala. Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat. Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah.

Sekian , wasalam (: 


Thursday, 3 May 2012

'couple' itu HARAM !

ASSALAMUALAIKUM ..



Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..
Cuba renungkan ini:
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
yg haram tetap haram…
:)

Sunday, 8 April 2012

Allah itu Maha Adil !


Allah itu Maha Adil kepada hamba-hambaNya. Apabila dicipta wanita dengan segala sifat gemar kepada perhiasan dan suka berhias, maka Allah jadikan pula perhiasan-perhiasan untuk digunakan- dari emas, perak, intan, berlian, pakaian yang indah, kenderaan yang bagus, rumah-rumah yang baik dan bermacam lagi.
Allah juga sangat memahami diri kita sebenarnya. Setelah dia ciptakan kita dan diberinya fitrah suka berhias, Dia jadikan pula perhiasan yang halal serta perlu berhias pada masa dan tempat yang sesuai sahaja.  Dalam masa yang sama, Allah jadikan perhiasan yang haram dipakai pada masa dan tempat tertentu kerana bimbangkan mudarat berlaku ke atas diri kita.
Sekali-kali Allah tidak mengharamkan kita dari menurut fitrah suka berhias itu. Sebaliknya Dia beri panduan bagaimana fitrah itu harus disalurkan sehingga kita benar-benar dapat mengecapi kemanisan pada minda, jasmani dan rohani.
Saya mahu berhias dan menurut trend, maka saya boleh lakukannya tetapi dalam masa yang sama, saya dapat memelihara fitrah malu dengan melindungi perhiasan tersebut dari pandangan mereka yang tidak berhak menikmatinya.
Jika kita berhias kemudian mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain terutama lelaki ajnabi, ia sebenarnya bukan menurut fitrah tetapi realitinya menyongsang fitrah  serta mengundang fitnah.  Fitnah pada diri sendiri ialah kita mencetak noda-noda mazmumah dalam hati dan fitnah pada orang lain ialah kita mencipta dosa percuma kepada ajnabi yang tertarik kepada perhiasan kita.
Jika seorang yang memandang, maka dosanya kita turut sama menanggungnya. Bayangkan jika kita keluar ke tempat awam, berapa ramai lagi dosa mereka yang fasik harus kita tanggung? Itu dari mereka yang fasik…bagaimana pula dengan para mukmin yang sebenarnya sudah berusaha menundukkan pandangan mereka, tetapi dek ‘gedik’ kita yang tidak bertempat, mereka tersalah pandang dan sebagainya… Kasihan mereka, bukan? Jika kita sendiri memelihara maruah kita, tidak akan timbul lagi masalah tersalah pandang begini. Hati kita selamat dan kita juga menyelamatkan hati (iman) orang lain.
Itulah yang sering saya fikirkan bila datang syahwat mahu melawa sebelum keluar rumah. Kerana apa dan untuk siapa? Apa yang saya akan dapat? Saya mahu berhias dan dalam masa yang sama mendapat pahala.  Bukannya berhias yang mendapat dosa.  Kita ada pilihan sebenarnya untuk memanfaatkan fitrah itu menuju syurga atau neraka.
Ingat ye… tiada golongan atas pagar di akhirat sana… Tidak di syurga dan tidak di neraka…
Saya merasa kasih pada kaum lelaki sama seperti saya kasihkan diri sendiri.  Justeru itu, lebih baik saya menahan diri dari menampilkan diri dengan cara membuatkan perasaan mereka tidak keruan. Tambahan pula, perkara yang paling melemahkan lelaki adalah wanita… dengan segala kecantikan yang ada pada mereka, senyuman mereka , lenggang- lenggok bicara dan nada suara yang dilunakkan.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita”
Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Benar… kita sebagai perempuan akan merasa seronok melihat lelaki tertarik kepada kita dan lemah segala sendi bila berdepan dengan kita … namun apa gunanya membina keseronokkan di atas kebinasaan orang lain? Itu pun tanpa disedari, kita membinasakan diri sendiri juga dengan himpunan dosa-dosa.  Berbaloikah semua itu sedangkan hidup ini hanyalah sementara dan tempat ujian memilih manakah hamba yang terbaik di sisi Tuhannya?
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Wednesday, 28 December 2011

SaHaBaT :)

Kau ada dikala ku suka,
Dikala ku duka,
setiap tangisan dan juga ketawa,
Kau ada dikala ku perlu,
setia menemaniku,
Pegang erat tanganku bila aku jatuh.

Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ,
Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku.

Ku tahu ku kan selalu ada,
Pada dirimu,
Dan ku harap kau juga rasa begitu.

Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis,
Hidup ku.

Kau lah yang di situ,
Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku.

Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis,
Hidup ku.

Kau lah yang di situ,
Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku.

Sahabatku.

-najwa latiff-


Friday, 23 December 2011

BaLaSaN MeNinGGaLkaN SoLaT ~


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Sekian , wasalam (: 

Al-Quran





Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: 
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.

Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.

(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.

(Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.



Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: 
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”


Sekian , wasalam (: