Assalamualaikum , ukhti-ukhti dan akhi-akhi sekalian :) Ahlan wasahlan to my blog !! :D Ana tahu blog ana tak secantik blog antum kn ? Asiff . Btw , kalau sudi , jemputlah baca entry-entry yang ana tulis ^^. Jangan lupa follow ye :* Syukran ♥

Sunday, 23 December 2012

Oh Palestin..

Bismillahhirrahmanirahim...

Dari mana harus kita mulakan
Cinta dan kasih
Bagi merawat luka saudara kita yang pedih
Dari jauh kedengaran suara  merintih
Ayah-ayah dibunuh disembelih 
Ibu-ibu dinoda diperkuasa 
Anak-anak kecil terbunuh tanpa dosa 
Kampung halaman hancur musnah 
Tanda kemanusiaan insan yang terkubur

Aduhai Palestin.. 
Saban hari kami menatap penderitaanmu 
Parut luka lama masih belum sembuh 
Kini ia berdarah semakin parah 
Airmata tangisanmu tidak mampu kami kesat 
Parut lukamu tidak terdaya kami rawat 
Musuh durjana tidak tersungguh kami sekat 
Apa hujah kami nanti di akhirat 
Jika ditanya apa yang telah kami buat 
Masih tergamakkah kita berdiam kaku ? 
Tanpa menghulurkan tangan sedia membantu 
Sedangkan kita masih mampu mengadu 
Kepada Tuhan yang satu 

Ya ALLAH.. Dengarkanlah rintihan ini 
Buat saudara yang kami kasihi 
Hentikanlah segala kesedihan dan penderitaan
Kami merayu dengan penuh harapan
Hancurkan kezaliman musnahkan penindasan
Hantarkan pertolongan pasakkan keyakinan
Semoga ia berakhir dengan kemenangan! 

Amin Ya Rabbal Alamin >< 




Sunday, 9 December 2012

Hujan itu Rahmat :)

... Assalamualaikum ...


Kalau bercakap pasal hujan, semua orang tahu "Hujan tu rahmat Allah". Bila tanya macammana tau hujan itu rahmat daripadaNya, mengeleng-geleng kepala atau angkat-angkat bahu tanya tidak tahu sebab musababnya. Alahai kesiannya... Sekarang ni sering kali hujan turun sama ada lebat atau renyai-renyai atau hujan yang panjang. Dikatakan salah satu rahmat Allah ialah ketika hujan dimana doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT apabila hamba-hambaNya berdoa. Nabi Muhammad SAW bersabda " Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun. ~Hadis riwayat Abu Daud~ "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika azan dan doa ketika waktu hujan." ~HR.Hakim dan disahihkan oleh Adz-Dzahabi~


Ya Allah, bertapa banyaknya nikmat Hujan yang telah Engkau berikan ketika dalam keadaan hujan. Semoga doa kita mudah-mudahan mudah diterimaNya. Pada waktu hujan ini  perbanyakkan berdoa dan ambillah kesempatan ini untuk memohon apa yang dihajati. InsyaAllah... Salah satu bukti yang Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihi... 





Selain berdoa ketika hujan, banyak disarankan untuk berdoa ketika musibah berlaku seperti sakit dan dianiaya bahkan ketika sujud. Dengan berdoa kepada Allah bukan sahaja kita mengharap doa dimakbulkan tetapi secara tak langsung kita mendekatkan diri dan kita hanya memohon pertolongan padaNya bukan terlalu mengharap pada orang lain dan sebagainya. "Cukuplah Allah (menjadi penolong) untuk kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung" ~Surah Ali-Imran ayat 173~ 

Doa Ketika Hujan:-
 (اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا ) Allahumma Shoyyiban Na'fian 
Yang bermaksud "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat" ~HR Bukhari~

Jadi, janganlah kita mengeluh apabila hujan turun. Hujan banyak memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan dan kepada hidupan di bumi seperti kita. Mungkin dengan terjadinya banjir yang memusnahkan menyebabkan kita terpaksa mengeluh disebabkan kerosakan harta benda dan haiwan ternakan. Anggaplah ini sebagai ujian daripada Allah untuk hambanya. Dengan menguji kesabaran hamba-hambanNya, menjadikan kita sebagai hamba yang tahu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan selama ini daripadaNya.^^ 

Sekian , wasalam (:





Friday, 7 December 2012

Untukmu Palestin..

. . . A s s a l a m u a l a i k u m . . .


Ya Allah, Kau selamatkanlah bumi Palestin... Tak tertanggung perasaan ini bila melihat kanak-kanak hilang tempat bergantung, orang ramai mati ibarat nyawa tiada harga . Peluru ibarat hujan... Berlinangan air mataku kerana  tidak mampu menolong mereka... Hanya doa dapatku beri . Pernah tak korang terfikir jika kita di tempat mereka ? ='< Allahhu..     

 perasaan ku terganggu apabila melihat umat islam ditindas, diseksa, dibunuh,  dan macam-macam lagi. Hak mereka diketepikan. Mana perginya perikemanusiaan rakyat Israel ?!  Hancur hatiku bila menyaksikan kanak2 di sana meraung di tepi mayat ibubapa mereka. Mereka hilang tempat tinggal dan hidup kebuluran. Aku berdoa satu hari nanti, keadaan ini akan reda... 
..Wahai umat Islam di Malaysia , bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan kpd kita oleh-Nya . Bersyukurlah kerana peperangan tidak berlaku di negara kita . Mari sama-sama kita berdoa agar saudara kita di Palestin selamat dari peperangan Yahudi Laknatullah! >< 


'' Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka '' - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim . 

______________________________________________________________________________________
    
( Untukmu Palestin - Raihan ) 

Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita

Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah

Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin...
Palestin... Palestin...
Palestin....


:: Save Gaza ! :: 


Monday, 19 November 2012

Allahhu.. aku redha :')

Assalamualaikum . . . 

Hey . UPSR ? oh , lega rasenya bile dh abis UPSR ^^ 
tapi takde  laa lega sgt . sbb result laa pulak ! takut gile . 
takut tak dpt buat mak and ayh gembira . :( Allahhu..

Smalam result keluar . :) 
Excited gile mase nk kuar rumah . 
Waaaa . hahaha . 

 nk tahu tak ? 
mase tu keluar rumah pukul 9:40 dan sampai skolah dalam kul
10 tauu . tapi result sampai pukul 12 .
Ciss . ponat-ponat yo dtg awal . ayam betul -.-

Time nak gi tu , cuaca baik-baik sahaja . 
tapi bile sampai sekolah aje , terus hujan . lebat pulak tu .
Haiyoo~ mandi hujan laa kite org kat sekolah tu . 

Bila dh sampai sekolah ,  tengok ramai kwn-kwn dh dtg . 
hati pun rase mcm , mcm.. waooo ! rindu giler kat korang. >< 
Sorang kawan niy dia punye pakaian , masyaALLAH . cantek gile .
Dengan jubahnya dan berselendang labuh . :D siap  pakai kronsang ' SAVE GAVA ' 
lagi . huhuhu . 

Bila dh sampai sekolah , kite org duduk dalam surau . 
Nak bagi tenang siket hati . 
Tiba-tiba sorang kawan niy dpt massage . 
Pastu dia menangis . Kami tanye laa knape .
Rupe-rupenye , dia dh dpt keputusan . 
Dan.. keputusan dia kurang memuaskan .
Kesian dia.. ckp dgn dia , 2A pun alhamdulillah laa tu . :)
Janji ada A . kan ? ^^

Bila result dh sampai , jantung mula rase , dup dap dup dap . !
huh . gementar kot . ><
Cikgu masuk kelas . Kite org semua ambil tempat duduk . 
Sorang , sorang cikgu panggil nama . 
Then ! nama Nur Alia Maisara disebut . yaw!
Dengan segera  dtg ke arah cikgu . Tapi mase tu  jalan lambat . 
Kain baju kurung  niy punye pasal laa . 
disbbkn lambat sgt jln.. Last-last , my mummy  je yg tolong ambekkn .
huhuhu . 

Mula-mula mak yang tgk dulu tau .
then , curik-curik laa tgk . 
ternampak bahagian atas aje . sbb badan mak halang . 
tengok dari atas , semua nya A .  tersenyum laa time tuu . :D
Tapi bila mak bagi slip tu , tgk-tgk ada satu B . 
Oh! rase mcm , mcm.. haa? YA ALLAH...

Time tu  tutup mulut  dgn tgn tanda tak percaya dgn
apa yang dh dapat . Tapi bile turunkan tangan tu , 
terukir  senyuman yg begitu LEBAR dibibirku ! hahaha . 
tapi air mate mengalir . hahaha .
pelik , pelik . 
sebenarnye , diri niy sendiri tak tahu nk sedih ataupun gembira . 
Tapi rase gembira bila lihat mak  juga tersenyum gembira 
mase tu . :') 
Cume sedih dan rase bersalah sangat . sbb tak dpt buat
mak  senyum dgn lebih  gembira . ='<

Bila dah dpt result ,  salam cikgu-cikgu yang ada kat situ .
Cikgu kata niy baru permulaan . 
Dapat 4A pun dah cukup . So , cikgu kata jgn nangis lg..
Lagi pun kn , soalan tahun niy susah tau . 
Alhamdulillah.. syukur sgt sbb dpt 4A walaupun 1B.
^^ btw , skolah kiteorg ada 7 org 5A . dan 12 orang 4A 1B . 
hmm . rugi nye rase... 
btw , tahniah kpd semua yg dpt 5A dan juga 4A :)




Sekian , wasalam (: 





Thursday, 5 July 2012

Solat Dalam Sains .

. . .  . Assalamualaikum . . . . 

Solat Dalam Sains ? 


Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.
Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.  Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat. Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi. Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang. Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan. Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya. Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah. Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat. Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan. Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.

"Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya.

Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia.
Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit. Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit. Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga. Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia. Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan. Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik. Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi. Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit. Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala. Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat. Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah.

Sekian , wasalam (: 


Thursday, 3 May 2012

'couple' itu HARAM !

ASSALAMUALAIKUM ..



Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..
Cuba renungkan ini:
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
yg haram tetap haram…
:)

Sunday, 8 April 2012

Allah itu Maha Adil !


Allah itu Maha Adil kepada hamba-hambaNya. Apabila dicipta wanita dengan segala sifat gemar kepada perhiasan dan suka berhias, maka Allah jadikan pula perhiasan-perhiasan untuk digunakan- dari emas, perak, intan, berlian, pakaian yang indah, kenderaan yang bagus, rumah-rumah yang baik dan bermacam lagi.
Allah juga sangat memahami diri kita sebenarnya. Setelah dia ciptakan kita dan diberinya fitrah suka berhias, Dia jadikan pula perhiasan yang halal serta perlu berhias pada masa dan tempat yang sesuai sahaja.  Dalam masa yang sama, Allah jadikan perhiasan yang haram dipakai pada masa dan tempat tertentu kerana bimbangkan mudarat berlaku ke atas diri kita.
Sekali-kali Allah tidak mengharamkan kita dari menurut fitrah suka berhias itu. Sebaliknya Dia beri panduan bagaimana fitrah itu harus disalurkan sehingga kita benar-benar dapat mengecapi kemanisan pada minda, jasmani dan rohani.
Saya mahu berhias dan menurut trend, maka saya boleh lakukannya tetapi dalam masa yang sama, saya dapat memelihara fitrah malu dengan melindungi perhiasan tersebut dari pandangan mereka yang tidak berhak menikmatinya.
Jika kita berhias kemudian mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain terutama lelaki ajnabi, ia sebenarnya bukan menurut fitrah tetapi realitinya menyongsang fitrah  serta mengundang fitnah.  Fitnah pada diri sendiri ialah kita mencetak noda-noda mazmumah dalam hati dan fitnah pada orang lain ialah kita mencipta dosa percuma kepada ajnabi yang tertarik kepada perhiasan kita.
Jika seorang yang memandang, maka dosanya kita turut sama menanggungnya. Bayangkan jika kita keluar ke tempat awam, berapa ramai lagi dosa mereka yang fasik harus kita tanggung? Itu dari mereka yang fasik…bagaimana pula dengan para mukmin yang sebenarnya sudah berusaha menundukkan pandangan mereka, tetapi dek ‘gedik’ kita yang tidak bertempat, mereka tersalah pandang dan sebagainya… Kasihan mereka, bukan? Jika kita sendiri memelihara maruah kita, tidak akan timbul lagi masalah tersalah pandang begini. Hati kita selamat dan kita juga menyelamatkan hati (iman) orang lain.
Itulah yang sering saya fikirkan bila datang syahwat mahu melawa sebelum keluar rumah. Kerana apa dan untuk siapa? Apa yang saya akan dapat? Saya mahu berhias dan dalam masa yang sama mendapat pahala.  Bukannya berhias yang mendapat dosa.  Kita ada pilihan sebenarnya untuk memanfaatkan fitrah itu menuju syurga atau neraka.
Ingat ye… tiada golongan atas pagar di akhirat sana… Tidak di syurga dan tidak di neraka…
Saya merasa kasih pada kaum lelaki sama seperti saya kasihkan diri sendiri.  Justeru itu, lebih baik saya menahan diri dari menampilkan diri dengan cara membuatkan perasaan mereka tidak keruan. Tambahan pula, perkara yang paling melemahkan lelaki adalah wanita… dengan segala kecantikan yang ada pada mereka, senyuman mereka , lenggang- lenggok bicara dan nada suara yang dilunakkan.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita”
Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Benar… kita sebagai perempuan akan merasa seronok melihat lelaki tertarik kepada kita dan lemah segala sendi bila berdepan dengan kita … namun apa gunanya membina keseronokkan di atas kebinasaan orang lain? Itu pun tanpa disedari, kita membinasakan diri sendiri juga dengan himpunan dosa-dosa.  Berbaloikah semua itu sedangkan hidup ini hanyalah sementara dan tempat ujian memilih manakah hamba yang terbaik di sisi Tuhannya?
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.