... Assalamualaikum ...
Kalau bercakap pasal hujan, semua orang tahu "Hujan tu rahmat Allah". Bila tanya macammana tau hujan itu rahmat daripadaNya, mengeleng-geleng kepala atau angkat-angkat bahu tanya tidak tahu sebab musababnya. Alahai kesiannya... Sekarang ni sering kali hujan turun sama ada lebat atau renyai-renyai atau hujan yang panjang. Dikatakan salah satu rahmat Allah ialah ketika hujan dimana doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT apabila hamba-hambaNya berdoa. Nabi Muhammad SAW bersabda " Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun. ~Hadis riwayat Abu Daud~ "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika azan dan doa ketika waktu hujan." ~HR.Hakim dan disahihkan oleh Adz-Dzahabi~
Ya Allah, bertapa banyaknya nikmat Hujan yang telah Engkau berikan ketika dalam keadaan hujan. Semoga doa kita mudah-mudahan mudah diterimaNya. Pada waktu hujan ini perbanyakkan berdoa dan ambillah kesempatan ini untuk memohon apa yang dihajati. InsyaAllah... Salah satu bukti yang Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihi...
Doa Ketika Hujan:-
(اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا ) Allahumma Shoyyiban Na'fian
Yang bermaksud "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat" ~HR Bukhari~
Sekian , wasalam (:
No comments:
Post a Comment